Azlina Aziz – Mencari Mimpi
By azlina aziz
Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui
Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa
Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi
Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata…
( korus )
Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan…
Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia
Seumpama…
Pengembara…
Terpedaya…
( ulang dari korus )
Kerana mimpi… hanya mimpi